Hanniza merenung ke luar jendela. Langit cerah sekali, dengan bintang bertebaran, sesekali berkelip seolah-olah menemani sinaran bulan yang separa purnama bentuknya. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghelanya semula. Ada resah dan gusar di hujung hela nafasnya. Sejak sekian lama rasa gusar itu disimpan jauh di lubuk hati yang paling dalam. Jika boleh, ingin dihapuskan terus rasa gusar yang bertandang. Sesekali angin malam berhembus lembut, dingin menyapu kulit mulusnya. Biar sebanyak mana angin berhembus, rasa gusarnya tak pernah hilang. Mahu saja dia khabarkan pada sang angin untuk menerbangkan seluruh rasa gusarnya. Namun mana mungkin ia terjadi. Memikirkan perkara yang tidak mungkin itu, Hanniza jadi senyum sendiri.
Senyumannya mati tatkala telefon bimbitnya berdering minta dijawab. Lekas-lekas dia menutup jendela lalu bergegas menjawab panggilan tersebut. Sebaris nama yang tertera di skrin telefon membuatkan dia tersenyum kembali.
“Hello, Assalamualaikum. Bakal ibu di sana sihat?” ujarnya sambil mengusik pemanggil di hujung talian.
“Waalaikumussalam. Ye Ibu Her kat sini sihat-sihat je. Mama Iz kat sane sihat ke” tanye Herlina kembali dalam nada yang sama. Kemudian mereka sama-sama tertawa.
“Hurm, ada apa you call I lewat-lewat malam macam ni Her? You tak tidur lagi? Tak baik you tidur lewat. You kan tengah pregnant. Perlu cukup tidur. Kesian baby kat dalam tu” ujar Hanniza. Bukan tidak suka Herlina menelefonnya malam-malam begini. Tapi baginya kesihatan ibu yang sedang mengandung tidak harus dipandang enteng.
“Kita call dia nak tanye khabar, dia berleter pulak kat kita. Sampai hati mama Iz buat camni. Sampai hati mama Iz buat kat Ibu camni kan baby” ujar Herlina dalam nada rajuknya. Berhambur tawa Hanniza.
“Her, dah nak jadi Ibu pun. Behave sikit okay. Jangan nak merajuk macam budak kecik. You tu dah nak jadi mak orang tau” ujar Hanniza setelah tawanya reda.
“U buat apa tu Iz?” tanya Herlina. Kali ini nada suaranya diseriuskan sedikit.
“I tengah on the phone dengan kawan I,” selamba saja jawapan Hanniza. Jauh di sudut hati dia tahu Herlina sering bimbang akan dirinya yang sendirian. Sengaja dia berjenaka sedemikian.
“U ni main-main pulak. I tanye ni. Jawab la betul-betul. U buat pe tadi? U dah makan?” nada suaranya masih seperti tadi. Tidak terkesan langsung dengan jenaka Hanniza.
“U jangan risau la Her. I’m okay. Trust me. I dah makan tadi. I masak Spaggetti Bolognese. Dah nak dekat hadam pun dalam perut ni,” di tertawa kecil kemudiannya.
“Her, dah kewat malam ni. U tak payah risau-risau pasal I. I kan dah besar. Dah boleh jadi isteri orang pun. You tu kena jaga diri baik-baik. Dah you tidur ye. Tidur yang cukup perlu untuk ibu-ibu mengandung faham. Sayang Her. Good night.” Hanniza ingin cepat-cepat menamatkan perbualan. Kalau berlama-lamaan nanti bimbang Herlina dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena dengan hatinya malam ini. Seboleh-bolehnya rasa gusar ini ingin disembunyikan. Dia tahu, Herlina juga pasti akan direnggut rasa bimbang, seolah-olah ingin berkongsi sama rasa gusarnya.
“Okay. Good night .You pun jaga diri ye Iz. Sayang you jugak. Bye,” sejurus itu talian dimatikan.
Hanniza menarik nafas dalam-dalam. Bayangan wajahnya menerpa kembali. Cepat-cepat dia usir bayangan wajah itu. Kerana dia rasa gusar ini melekat dalam hati. Kerana dia jiwanya jadi berkocak dan yang pasti, Hanniza tidak akan membiarkan dia mencalarkan sekeping hati yang belum hilang parut duka.
bersambung..