Dari jauh lagi kelibat Hanniza dapat dikesan derianya. Segaris senyum terbentuk di wajahnya. Betapa sahabat yang seorang ini tidak pernah berubah. Ke mana sahaja pergi, pasti akan diusung novel atau apa saja bahan bacaan yang menjadi minatnya. Cepat-cepat dia mengatur langkah mendekati Hanniza. Namun wajah Hanniza yang keruh, tidak ceria mewujudkan tanda tanya di hatinya. Apa yang tidak kena dengan sahabatnya ini. Pasti ada yang tidak kena dihatinya. Bukan sukar untuk meneka hati Hanniza. Apatah lagi sedah bertahun-tahun mereka bersahabat. Setiap garis dan lekuk di wajahnya menggambarkan rasa hatinya ketika ini. ‘Apa saja lah Iz ni. Silap-silap perang dingin dengan Safwan ni’ hatinya meneka-neka sendiri.
“Assalamualaikum. Tekunnya menatap novel tu. Best ke jalan ceritanya?” sapa Herlina sebaik sahaja mendekati Hanniza.
Hanniza mengangkat wajahnya. Jawapan salam meniti dibibirnya perlahan dan segaris senyuman dihadiahkan untuk sahabat baiknya yang satu itu.
“Choco latte tu tak cukup perisa ke Iz?” sengaja Herlina berkias begitu.
"Okay je. Nampak tak cukup kaw ke?” Hanniza berpura-pura tidak faham.
“Amboi innocent je muka tu kan? Konon tak faham bahasa kita. Kenapa muka monyok je ni? Macam cekodok benyek. Senyum pun macam tak cukup gula. Apakah gerangan yang menggusarkan hati sahabat I ni?” ujar Herlina.
Hanniza diam sahaja sambil tangannya menyelitkan penanda buku di bahagian tengah novel tersebut dan kemudian menutupnya. Tanda bahawa dia tidak mahu meneruskan pembacaannya. Hanniza menarik nafas dalam-dalam.
“Kenapa ni Iz? Cuba ceritakan pada I,” ujarnya sambil menggenggam jemari runcing milik Hanniza. Dia yakin, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran teman baiknya ini. Dia sangat yakin dan pasti.
“Safwan..Safwan Her,” akhirnya Hanniza bersuara juga. Ada air mata yang bergenang di dalam matanya.
“Apa yang dia dah buat pada you ni Iz?” tidak keruan hatinya melihatkan keadaan Hanniza yang begitu.
“Dia tipu I. Cinta dia selama ni mainan di bibir saja Her. I saw him just now. Bukan main lagi berpimpin tangan dengan perempuan lain,” perlahan saja nadanya.
“You salah orang tak Iz? Biar betul. Seminggu je lagi you all nak bertunang kan,” ujar Herlina sambil matanya memandang tepat ke wajah sahabatnya.
“I belum buta lagi Her. Entah la Her. Mungkin I buat silap lagi. Terburu-buru menerima cinta Safwan. Mudah sangat terpikat dengan kata-kata manis,” Hanniza menyeka matanya yang mulai basah.
“I nak ke ladies sekejap. You jangan risau okay. I’ll be fine,” sambungnya kembali seraya itu bangkit. Segaris senyuman terbentuk diwajahnya. Mata Herlina tidak lepas dari memandang sesusuk tubuh sahabatnya sehingga hilang dari pandangan. Sebuah keluhan dilepaskan. Sakit hatinya mengenangkan perbuatan Safwan terhadap Hanniza. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Hanniza perlu melalui semua ini. Tidak ada kurangnya Hanniza dimatanya. Hanniza seorang wanita yang boleh dikategorikan sebagai cantik. Berketinggian sederhana, berpotongan menarik, bermata bundar, berhidung mancung, berkulit mulus sehinggakan dia sendiri adakala mengagumi kecantikan sahabat baiknya ini. Perilakunya juga santun dengan senyuman sentiasa menghiasi wajahnya yang berbentuk bujur sirih. Malah dia tidak perlu solekan berinci tebalnya untuk membuat dirinya kelihatan menawan. Dia sendiri tidak mengerti mengapa sukar benar untuk Hanniza meraih cinta yang benar-benar membahagiakan.
“Her. Mengelamun sampai ke mana ni?” ujar Hanniza sambil menggawang-gawangkan tangannya di hadapan wajah Herlina. Terpisat-pisat Herlina. Kelihatan terkejut benar dia.
“Eh you okay tak ni Iz?” soalnya pula.
“I okay la. Kan I cakap tadi jangan risau. Mungkin Tuhan tu nak tunjuk yang Safwan tu bukanlah yang terbaik untuk I. I yakin satu hari nanti pasti I akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia. I dah bulatkan hati. I nak batalkan saja majlis pertunangan tu nanti. Gantikan saja dengan majlis tahlil atau doa selamat. Barang-barang hantaran tu simpan je bawah katil. Boleh recycle semula nanti. Tak pun I bagi je pada you,” terpana Herlina mendengarkan penjelasan Hanniza. Walaupun cadangan Hanniza untuk simpan sahaja barang hantarannya di bawah katil kedengaran agak kelakar, namun dia tidak sampai hati pula untuk ketawa. Hanya senyuman hambar yang mampu dia ukirkan sebagai reaksi kepada apa yang diujarkan oleh Hanniza.
“Biar betul Iz. You tak kecewa?” soal Herlina.
“Bohong la I kalau I cakap I tak kecewa. Hakikatnya I sangat kecewa. Tapi kalau dah Safwan tu bukan jodoh I, tak kan I nak meraung macam orang gila kat sini Her? Cuba you fikir Her. Seminggu je lagi majlis pertunangan kami akan berlansung. Safwan pulak tanpa rasa bersalah masih lagi keluar dengan perempuan lain. Berpegangan tangan pulak tu. Berbaloi ke kalau I meraung Her?” ujar Hanniza.
Wajahnya memang tidak menggambarkan apa-apa. Tapi Herlina tahu sahabatnya itu berusaha untuk mengawal emosinya. Menyembunyikan duka dan laranya. Herlina sendiri berjanji pada dirinya, dia akan cuba menggembirakan hati sahabatnya ini. Kerana dia sendiri merasa terluka bila melihat Hanniza dilukai.
bersambung.....


4 comments:
byk blog u..
yang mana satu aktif...
Hi,
I have something for you in my blog :)
wah best lah baca blog nih, kena selalu follow nih
hye peridot, hope & adie..
sori sangat..buat masa ni i tak dapat nak hapdet blog nih..takde masa nak sambung cerita ni..
Post a Comment